Mar 8, 2009

Jamboree Antarabangsa Johor 2008




Jamboree Antarabangsa Johor telah berlangsung dengan jayanya pada 15 - 20 November 2008 bertempat di kem jubli intan tanjung laboh batu pahat. jamboree yang mendapat title antarabangsa ni disertai oleh pengakap dari indonesia, brunei, singapore, maldive, sri lanka dan seluruh negeri dalam malaysia. johor selaku tuan rumah mengahantar peserta teramai.

Perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh TMJ, Tunku Ibrahim.. Sebuah menara laboh condong telah dipersembahkan kepada beliau sebagai cenderahati dimana ketinggian menara mencecah 40 meter tinggi, 27 meter panjang dan 6 meter lebar. menara ni dibina dengan menggunakan lebih 3000 batang buluh dan mengambil masa 26 hari. kos perbelanjaannya sahaja menelan sejumlah RM 25000.00

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada peserta pada jamboree kali ini seperti paint ball, berkayak, pidato, lawatan ke Tg Piai dan Pulau Kukup, tarian tradisional dan lain lain.
Penulis telah ditugaskan utk menjaga kawasan lawatan iaitu Pulau Kukup dan Tg Piai dimana kami berulang alik dari Kem Tg Labuh ke Selatan Johor sebanyak 3 kali sehari dengan tempoh perjalanan selama 1jam 30 minit sehala. Walaupun berada dalam keadaan letih dan lesu pengalaman manis dan berharga ini pasti tidak dapat dilupakan apabila bersama2 melawati keindahan tg piai, pulau kukup iaitu pulau bakau ke 2 terbesar di dunia selepas yg pertama di Brunei. pengalaman menaiki boat dan melawat sangkar ikan juga sangat menarik apabila disambut baik oleh para nelayan serta teletah anaknya yg lucu ketika menerangkan serba sedikit mengenai spesis ikan.

Pada hari ketiga penulis dan rakan2 bertukar tapak khemah kerana tapak sedia ada telah diambil oleh oleh kontingen melaka. tanpa disangka tapak baru kami sebenarnya merupakan 'sarang lipan'. sepanjang tempoh 1 jam lebih 18 ekor anak lipan berjaya ditangkap manakala 2 ekor lipan dewasa berjaya dibunuh. ini merupakan pengalaman baru bagi kami. selepas lama bertarung rata2 mengatakan mahu stay je kat situ kerana tempat tu dah mcm ok. sepanjang perkhemahan masalah tandas patut diberikan perhatian oleh penganjur. keadaan tandas yg sesak dan tidak berair menyukarkan aktiviti membersih badan dan beristinjak. harapan penulis agar semua penganjur2 jamboree sedar akan perkara ni dan menjadikannya sebagai iktibar pada masa akan datang..

Selang 2 malam hujan turun sesepoi bahasa dimana pada suatu malam khemah rakan2 penulis banjir dimasuki air. kami xde pilihan lain selain merempat disurau. malang ngak berbau sekali pada suatu malam ketika tidur di surau phone sony seorang member kami hilang.

Pada malam hari aktiviti malam kebudayaan menghangatkan lagi suasana kem Jubli Intan dengan riuh rendah sorakan penonton. Penulis sempat bertemu dengan rakan2 lama pengakap dan bertukar2 laman social.
malam 19 november perasmian penutup telah berjalan dengan penuh meriah berselang tembakan bunga api sebagai gimik penutup.. Majlis penyampaian hadiah dan pingat2 kebesaran juga telah disempurnakan. keesokan hari semua contingen bersiap mengemaskan tapak perkhemahan masing masing. Penulis dan rakan2 tidak ketinggalan mengemas khemah dan tapak camp sebelum pulang merentas lebuh raya utara selatan ke Kuala Lumpur..












14th Goodwill Camporee, Kuala Lumpur





Pada 30 Nov - 5 Dec 2007 telah berlangsungnya Kemporee Muhibbah ke 14, [Goodwill Camporee] bertempat di Taman Rimba Kiara Ttdi Damansara, Kuala Lumpur.

Kemporee yg diadakan stiap 2 tahun sekali ini disertai oleh peserta dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan singapore. Wakil Malaysia terdiri dripada kontingen setiap negeri di Semenanjung. Penulis bersama rakan yg lain bertugas mengendalikan bahagian protokol dan menjaga aktiviti.


Sepanjang Camporee banyak aktiviti menarik yg disediakan. Peserta dibawa melawat tempat2 menarik sekitar Kuala Lumpur seperti Muzium, Taman Burung, Planetarium, Menara Kuala Lumpur, Klcc dan Tugu negara. selain itu aktiviti air juga diadakan seperti merentas tasik Titiwangsa, abseiling dan flying fox.

Perasmian pembukaan dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Y.B. Dato' Seri Zulhasnan Rafique.

Jan 1, 2009

Jambori Pengakap Malaysia Ke-11 Ulu Bendul N.Sembilan


Pengumuman Negeri Sembilan Darul Khusus terpilih sebagai tuan rumah Jambori Malaysia kali ke-11 semasa Majlis Penutup Jambori Malaysia ke-10 disambut secara gilang-gemilang. Pemilihan ini amat bermakna bagi Pengakap Negeri Sembilan kerana diberi kepercayaan dalam mengendalikan acara yang diadakan 4 tahun sekali ini. Lanjutan dari itu pelbagai persiapan diatur dan sedang dijalankan bagi memastikan jambori ini dapat ditonjolkan sebagai jambori yang terbilang

Pada 12 disember hingga 19 disember 2006 Seramai 6500 pengakap termasuk petugas malaysia maldive indonesia singapore Sri lanka berkumpul bersama bagi menyertai Jambori Pengakap Malaysia ke 11yang bertempat di hutan lipur Ulu Bendul Kuala Pilah N.Sembilan.
Jambori yang penuh gilang gemilang itu di rasmikan oleh Yang di-Pertuan Besar N sembilan Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang telah kembali ke rahmatullah pada 27 Disember 2008 baru baru ini.


Lokasi kem seluas 120 hektar terletak di antara kaki Gunung Angsi dan kaki Gunung Berembun itu menempatkan 6 subkem di antaranya Subkem Tiga Nenek, Subkem Anak Acheh Subkem Paya Kumbuh Subkem Tanah Datar Subkem Batu Hampar dan Subkem Biduanda.

Hujan dan persekitaran berlumpur tidak mematahkan semangat ahli Pengakap untuk meneruskan aktiviti. Pelbagai program diatur pada Jambori Malaysia kali ke-11 ini. Aktiviti berbentuk pertandingan, riadah dan aktiviti dalam komuniti antara yang akan berlangsung Pertandingan Pintu Gerbang, Malam Kebudayaan. Sukan seperti Bola Baling, Petangque Seni Budaya seperti Tumbuk Kalang, Cak Lempong Tarian Endang, Tarian Piring. Rekreasi Mendaki Gunung Angsi , Berkayak, River Tracking, Absailing, Rafting, Repelling, Flying fox Permainan Tradisional seperti Sepak raga bulat , Ketinting, Galah Panjang, Pukul Gopong, Menyumpit. Lain lain aktivitiI ialah Ikhtiar Hidup ( Backwood cooking ), Radio Amatur, Khidmat Masyarakat, Program Home Stay, Mencari sahabat, Forum Perdana/Forum Remaja, Indaba, Malam Kebudayaan, Gillwell Reunion, Kenali Pokok, Roller Skate, Kenali Ulu Bendul Tower / Taman Herba, Halangan Komando, Kembara Lasak.

Perasmian penutup Jambori ini disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan pada ketika itu, Dato Seri Azalina Othman sebelum para peserta bersurai balik ke negeri masing masing.

Daftar Laman Scouting 4 Peace..!

http://www.scouting4peace.org/
Mengeratkan hubungan sesama Pengakap dari seluruh dunia. Bertukar pendapat, berkongsi aktiviti dan mencari kenalan baru. Daftarlah akaun anda hari ini..! :) Peace..

Dec 26, 2008

Yang dipertuan Besar N.Sembilan Tuanku Jaafar mangkat




Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Pada ketika ini Baginda berusia 86 tahun.
Sehubungan itu tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini. Semua premis diminta mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini.